Sebelum itu , sila muat turun Borang Permohonan melalui link di bawah :
Bantuan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020
Kerajaan Negeri Sarawak, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, telah menubuhkan dana khas untuk anak-anak kelahiran Sarawak, yang dikenali sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS).
EFS adalah simpanan untuk anak-anak kelahiran Sarawak yang bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier, atau sebagai modal kecil perniagaan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan utuk memohon :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Sarawak atau Luar Sarawak
- Kedua dua atau salah sseorang pemegang Kad Prngenalan Sarawak berstatus "K"
Jumlah Bantuan EFS
Jumlah bantuan yang diberikan berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan :
- Syarat Kelayakan Bantuan EFS
- Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus "K"; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.
Kategori anak angkat :
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus "K"
- Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah
Cara Membuat Permohonan Bantuan EFS
Permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa :
- Borang permohonan EFS - Muat Turun Borang
- Salinan sijil lahir bayi
- Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus "K"
*Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN*
Maklumat Lanjut:
Boleh layari laman web : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
atau
Hubungi talian KPWKK di : 082-442050
Takut terlepas info bantuan terbaru pada masa akan datang ?
Klik Telegram Rasmi Bantuan Terkini untuk mengetahui info info bantuan seterusnya :
Klik FACEBOOK Rasmi Bantuan Terkini untuk mengetahui info info bantuan seterusnya :
https://www.facebook.com/bantuanterkini/
No comments:
Post a Comment